SYRIA HOUSING APPEAL

Bina Rumah, Pulihkan Harapan – Selamatkan Keluarga Pelarian Syria

Sejak meletusnya perang saudara pada 2011, Syria telah tenggelam dalam lingkaran kesulitan yang tiada berkesudahan.

Lebih daripada 600,000 nyawa telah terkorban. Angka ini mewakili kisah pilu keluarga yang hancur, impian yang musnah, dan generasi yang kehilangan masa depan.

Tragedi ini semakin mendalam apabilaΒ 13.5 juta rakyat Syria (65% populasi), terpaksa menjadi pelarian. Sebahagian besar daripada mereka bukan sekadar melarikan diri ke sempadan negara jiran, tetapi menjadi pelarian di tanah air sendiri, terperangkap dalam situasi di mana kampung halaman mereka berubah menjadi medan perang yang tidak selamat.

Donate Now

Sedekah anda Selamat

Bersedekah dengan tenang, maklumat peribadi anda dikendalikan dengan spesifikasi Keselamatan & Pematuhan yang terbaik.

9788 Registered Charity 512

Badan Amal Berdaftar

Global Relief Team Berhad (GRT Malaysia) ialah badan yang berdaftar secara rasmi di Malaysia.
Nombor Pendaftaran SSM: 202201006508 (1452205-T)

Penderitaan rakyat Syria mencapai tahap tidak tertanggung apabila gempa bumi berkekuatan 7.8 magnitude melanda wilayah utara negara itu pada Februari 2023. Bencana alam ini telah merobohkan bangunan yang sudah retak akibat perang, dan mendedahkan ribuan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan kepada cuaca bersuhu di bawah paras beku.

WhatsApp Image 2025 03 02 at 8.58.55 PM (2)

Syria Memerlukan Bantuan

πŸ‘‰ 4.5 juta orang kehilangan tempat tinggal.

πŸ‘‰ 90% infrastruktur musnah di kawasan peperangan seperti Idlib & Aleppo.

πŸ‘‰ 7.5 juta kanak-kanak hidup tanpa akses sekolah atau rawatan kesihatan.

πŸ‘‰12.4 juta rakyat kelaparan setiap hari akibat sekatan bekalan makanan.

WhatsApp Image 2025 03 02 at 8.58.55 PM (1)

Kehidupan Pelarian di dalam Khemah


Hidup sebagai pelarian di kem pelarian bukanlah sesuatu yang mudah. Khemah-khemah sementara yang dibina daripada kain kanvas hanya mampu menahan terik matahari atau hujan ringan, namun tidak berdaya menghadapi ribut pasir ganas, banjir kilat, atau salji tebal yang menembusi celah-celah kain. Dalam ruang sempit seluas 10 meter persegi, lima hingga tujuh orang terpaksa berkongsi tempat tidur beralaskan tanah lembab, tanpa akses kepada sanitasi, elektrik, atau air bersih. Mereka masih terdedah kepada risiko keganasan, eksploitasi, dan penyakit berjangkit.

WhatsApp Image 2025 03 02 at 8.58.55 PM

Setiap tahun, puluhan warga emas dan kanak-kanak kecil yang sudah lemah akibat kekurangan zat makanan terkorban akibat kesejukan. Bayi yang sepatutnya dibalut kehangatan ibunya terpaksa menggigil dalam pelukan, menahan angin malam yang menggigit tulang. Khemah yang roboh dipukul ribut, banjir yang menenggelamkan tempat tinggal, dan jangkitan penyakit menjadi pembunuh selain peperangan.

WhatsApp Image 2025 03 02 at 8.58.54 PM

Sejak 2016, GRT Malaysia telah:

πŸ‘‰ Membina lebih 1800 rumah pelarian di Idlib, Aleppo, dan Hama.Β 

πŸ‘‰ Lebih 500 buah rumah masih dalam pembinaan.

πŸ‘‰ Membina infrastruktur awam seperti klinik, masjid dan sekolah yang telah musnah.

πŸ‘‰ Memberikan 300,000 pek makanan kepada lebih sejuta orang di seluruh dunia

πŸ‘‰ Memberikan lebih 10,000 pek penjagaan kebersihan di seluruh dunia.

Rumah-rumah yang GRT bina mampu memuatkan sebuah keluarga seramai 8 hingga 10 orang. Ia dilengkapi bilik tidur, bilik mandi, dapur serta kemudahan elektrik. Kawasan perumahan ini turut dilengkapi infrastruktur seperti jalan berturap, sistem saliran & kumbahan, serta tangki air komuniti 10,000 liter.

Dengan sokongan anda, GRT akan membina lebih banyak rumah-rumah yang selesa untuk dihadiahkan kepada pelarian-pelarian Syria yang memerlukan.

Rasulullah SAW:

β€œOrang yang memberi kemudahan kepada orang yang dalam kesulitan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat.” (HR Muslim)

Setiap sumbangan anda mampu memberi sinar harapan kepada keluarga yang kehilangan segalanya.

Derma sekarang dan selamatkan Syria.

Syaria
WhatsApp Image 2025 03 02 at 8.58.53 PM

Donate Here